Home Berita PAS Kedah

Bakul makanan disampaikan untuk meringankan sedikit bebanan penduduk

38
SHARE

Oleh AZMI YAHYA

MERBOK, 6 Julai : Sumbangan bantuan bencana covid 19 telah disampaikan oleh Pegawai Khas Menteri Besar Kedah merangkap Ydp Kawasan Merbok Us Azizan Hamzah kepada pendudok yang terjejas di sekitar Dun Tanjung Dawai

Sementara di masa yang sama pihak PKWR Dun Tanjung Dawai juga bergerak menyampaikan sumbangan kepada mereka yang terjejas dengan terputusnya bekalan makanan.

Us Azizan Hamzah mengetuai satu kumpulan bersama Ajk Pas Kawasan Merbok dan Yb Us Hanif Ghazali mengetuai satu kumpulan bersama Ajk PKWR Dun Tanjung Dawai turun menyantuni penduduk di persekitaran Dun Tanjung Dawai. Bakul makanan disampaikan untuk meringankan sedikit bebanan yang ditanggong oleh penduduk.

Gandingan Pas Kawasan Merbok dan PKWR Dun Tanjung Dawai bergerak seiring dalam misi menyampaikan bantuan kepada rakyat yang terbeban telah menjadi rutin di Kawasan Merbok.

Turut bersama Pegawai Khas Menteri Besar Kedah Us Azizan Hamzah ialah Cikgu Rosli Bashah Pengerusi Lujnah Kebajikan Pas Kawasan Merbok, Shukri Husin dan Hj Yusran Hj Mat Akhir selaku Ajk Pas Kawasan Merbok.

Sementara yang bersama Adun Tanjung Dawai Yb Us Hanif Ghazali ialah Penyelia Zon Ustazah Basyariah Yaasin, Shafik Hassan dan Fazil Salleh selaku Ajk PKWR Dun Tanjung Dawai.