Home Berita PAS Wilayah

Sumbangan bantuan bencana Covid-19

27
SHARE

BANDAR TUN RAZAK, 07 JULAI: Disebalik kes buruk Covid-19 melanda beberapa hari, banyak keluarga yang terjejas pendapatan, terputus bekalan makanan dan keluarga yg sedang menjalani rawatan akibat terkena jangkitan covid. Perkara tersebut telah sampai ke pengetahuan wakil penduduk dan disampaikan kepada pihak berwajib agar bantuan dapat diberikan sekaligus meringakan sikit sebanyak beban beberapa keluarga di Bandar Tun Razak.

Oleh demikian, PAS Bandar Tun Razak (BTR) menerusi Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS BTR menyumbang beras, tepung, gula, ayam dan beberapa bahan kering yang lain kepada beberapa buah keluarga yang memerlukan dan terjejas akibat PKP 3.0 kali ini.
Antara penduduk yang menerima bantuan ini adalah di kawasan Perumahan Awam Sri Kota, Perumahan Taman Mulia dan sekitar Sri Penara.

Turun bersama menyampaikan bantuan adalah Ketua Muslimat PAS BTR, Dr Rosni Adam, En K.Jefferi(Ketua Lkkpbtr), En Mohd Rozi Husin(KC Penara) dan beberapa AJK BTR. “PAS BTR terus komited memberikan bantuan kemanusiaan kpd golongan² terjejas di sekitar BTR tanpa mengira bangsa ataupun berlainan fahaman politik dan bantuan akan diberikan sepanjang masa buat semua penduduk di BTR khasnya”, ulas Dr Rosni ketika edaran berlangsung.

Kepada yang ingin turut sama menyumbang bagi Tabung Bencana Covid19 BTR ini, kami sangat berbesar hati dan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

#KamiPrihatin
#LajnahKebajikanDanKemasyarakatanPASBTR
#PASBandarTunRazak
#PASPartiBerkebajikan