Home Berita PAS Kedah

BAKIPT bukti keperihatinan kerajaan

249
SHARE

OLEH: ALIAA SYAZWANI

SIK, 15 Jun : Bantuan Awal Ke Institusi Pengajian Tinggi (BAKIPT) adalah bukti keprihatinan Kerajaan Negeri Kedah terhadap golongan mahasiswa.

Bantuan secara one off sebanyak RM300 adalah inisiatif Kerajaan Negeri bagi membantu mahasiswa yang melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS.

Baru-baru ini, seramai 150 orang mahasiswa Dun Jeneri menerima insentif yang disediakan.

Salah seorang penerima, Erna Syuhada Ilias berkata, beliau sangat bersyukur dengan sumbangan tersebut.

“Sekarang ini belajar online di rumah. Duit banyak habis beli data dan pelan internet.

“Alhamdulillah sumbangan ni boleh bantu ‘top up’ keperluan internet saya,” ujar beliau.

Sumbangan BAKiPT itu diserahkan oleh Pegawai Khas Kawasan, Tuan Haji Badrul Hisham Abdul kepada penerima yang layak.