Home Berita PAS Sabah

Badan sihat pemangkin kecerdasan otak

21
SHARE

Oleh: Nurfatiha Mohamad
23 Julai 2024

Kinabatangan: Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kawasan Kinabatangan menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring Peringkat Zon Timur yang berlangsung ahad lepas.

Kejohanan tersebut diadakan di Gelanggang Futsal Majlis Daerah Kinabatangan (MDK) yang disertai oleh dua kontinjen iaitu Lahad Datu dan Kinabatangan.

Yang Dipertua PAS Kawasan Kinabatangan, Abdul Aziz Baitul Makmur berkata, antara tujuan bersukan ialah untuk mendapatkan badan yang sentiasa sihat dan cergas.

“Apabila badan kita sihat dan cergas, ia akan menjadi pemangkin untuk kecerdasan otak”, katanya ketika merasmikan Kejohanan Bola Jaring dan Bola Sepak.

Tambah beliau lagi, otak yang cerdas mampu melahirkan murid yang berdisiplin, bertanggungjawab dan patuh kepada setiap arahan guru.

Pengarah program BSBJ Peringkat Zon Timur, Shadon Samir juga berkata, sukan bukan sahaja menggembirakan tetapi sukan mampu membina kecekalan dan semangat kerjasama di dalam pasukan.

Johan Bola Sepak dan Bola Jaring (BSBJ) Peringkat Zon Timur 2024 disandang oleh kontinjen Lahad Datu.