Home Berita PAS Kelantan

Bachok realisasikan dasar kerajaan negeri

168
SHARE

BACHOK, 19 Jan: Mempunyai pesisir pantai sepanjang 33 kilometer dan meliputi 46 peratus pesisir pantai di negeri Kelantan menjadikan Bachok mempunyai potensi tinggi untuk dibangunkan.

Demikian ucapan Ketua Jajahan Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok (PTJB) Mohd Farid Abdul Razak semasa Majlis Hi-tea bersama Ketua-ketua Jabatan Jajahan Bachok baru-baru ini di bilik Gerakan PTJB.

Selari dengan dasar kerajaan negeri ‘Kelantan Melangkah ke Hadapan 2025’, PTJB menjadikan tiga teras utama iaitu Keberkatan, Kemakmuran dan Kebajikan sebagai tonggak dalam aspek pengurusan dan pentadbiran mereka.

Menurut Ketua jajahannya, teras utama Keberkatan ialah berkaitan dengan agama dan dakwah yang menjadi inti kepada pengukuhan ilmu agama dan pembentukan masyarakat Bachok yang harmoni.

“Manakala Kemakmuran adalah agenda ekonomi bagi Pihak Berkuasa Tempatan mewujudkan peluang-peluang kerja, menjana ekonomi agar teransang dan berkembang pesat,” katanya.
Tambahnya lagi, bagi aspek kebajikan pula matlamat dari keberkatan dan juga kemakmuran adalah untuk mensejahterakan masyarakat dengan menaik taraf hidup rakyat Kelantan khususnya di Bachok.

Pada majlis yang sama, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua agensi dan jabatan kerana memberi sokongan dan dokongan untuk menjadikan Bachok pesat membangun.