Home Berita PAS Melaka

Aziah menang Ketua DMPK Masjid Tanah tanpa bertanding

105
SHARE

Oleh IBNU JANIE

MASJID TANAH, 9 Okt: Penyandang jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Masjid Tanah (DMKMT), Aziah Mohd Saad mengekalkan jawatannya tanpa bertanding selepas tiada pencalonan lain diterima bagi jawatan itu dalam mesyuarat agung tahunan (MAT) dewan ini pagi tadi.

Selain jawatan Ketua, jawatan Timbalan dan Naib Ketua DMPKMT turut dimenangi tanpa bertanding di mana jawatan timbalan dimenangi Ustazah Wirdawati Nazwir sementara naib dimenangi oleh Gayah Yusoh.

Demikian dinyatakan wakil urusetia MAT DMPKMT yang dihantar ke Bilik Berita Wartawan Rakyat Melaka (WARM) sebentar tadi.

Namun, tambah kenyataan itu, pemenang bagi lapan jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) DMPKMT bakal diumumkan Jawatankuasa Pemilihan PAS Melaka jam enam petang ini bagi 13 calon yang sah bertanding.

Menurut kenyataan itu lagi, majlis yang berjalan secara hibrid ini bermula pada jam 9.00 pagi dengan kehadiran AJK dewan ini di Markas PAS Hujan Panas secara fizikal di samping pendaftaran oleh para perwakilan dan kehadiran secara dalam talian melalui aplikasi Googlemeet.

“Tepat jam 10.15, majlis dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi Majlis, Wan Nurr Syahirah Wan Harun. Seterusnya tayangan video ucapan perasmian oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

YDP PAS Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman

“Seterusnya ucapan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Masjid Tanah, Hajah Aziah Mohd Saad dan seterusnya ucapan Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman mewakili AJK PAS Kawasan secara dalam talian,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, sesi pengundian menggunakan perisian sistem komputer dijalankan bermula jam 2.00 sehingga 4.00 petang.

“Alhamdulillah pihak urusetia MAT mematuhi SOP yang ditetapkan iaitu penjarakan fizikal, tidak berkumpul dengan jumlah yang lebih, pemeriksaan suhu, lengkap dos vaksin, tidak bergejala dan sebagainya,” kata kenyataan itu lagi.