Home Berita PAS Perlis

Ayuh meriahkan Majlis Aidilfitri Negeri Perlis

66
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

KANGAR, 10 Apr: Orang ramai khasnya rakyat di negeri ini dijemput untuk menghadiri Majlis Aidilfitri Menteri Besar Perlis dan Kerajaan Negeri Perlis yang akan berlangsung pada 12 April ini.

Pelbagai juadah menanti para pengunjung yang hadir pada majlis yang dijadualkan bermula pada jam 11.00 pagi itu.

Menurut Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Penerangan dan Digital Negeri Perlis, Asrul Aimran Abd Jalil, DYMM Tuanku Raja Perlis dan DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis serta DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Raja Perempuan Perlis dijangka turut berkenan mencemar duli ke majlis berkenaan pada hari tersebut.

“Dengan rasa besar hati, saya mewakili Kerajaan Negeri Perlis ingin menjemput seluruh rakyat, khususnya di negeri ini agar sama-sama hadir bagi memeriahkan majlis yang akan diadakan di Dewan 2020 Sabtu ini.

“Pelbagai jenis juadah menanti para pengunjung, yang disediakan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk jabatan serta agensi kerajaan,” katanya.