Home Berita PAS Pusat

Ayuh! Berhimpun Bantah Genocide Ke Atas Muslim Rohingya

642
SHARE

PASRelief menyeru umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia turun berhimpun di kedutaan Myanmar pada 30 Ogos 2017, jam 11 pagi, mengiringi pimpinan PAS dan NGO menyerahkan memorandum mengecam kekejaman Myanmar ke atas etnik Muslim Rohingya yang sedang terjadi pada waktu ini.

Himpunan dan penyerahan memorandum ini adalah anjuran bersama MAPIM, PASRelief, Permas dan beberapa NGO lain, termasuk peserta Food Flotilla For Myanmar (FFFM).

Dalam tragedi keganasan terbaru tentera regim Myanmar bersama pelampau buddha Rakhine (Arakan Army) bermula 25 Ogos lalu, kira-kira 500 muslim Rohingya dibunuh kejam, rumah, madrasah dan perkampungan dibakar dan penduduk diusir. Sebahagian besar penduduk di wilayah Buthidaung dan Rathidaung dipaksa lari ke hutan dan bukit bukau untuk menyelamatkan nyawa. Situasi mereka tidak dapat diketahui. Ramai wanita dan kanak turut dibunuh dan dibakar.

Sebahagian mereka terpaksa membawa keluarga menyeberangi Sungai Naf bagi mencari perlindungan di kem pelarian di wilayah Ramu, Cox’s Bazaar, Bangladesh. Kebanyakan mereka adalah wanita dan kanak-kanak.

Kekejaman penghapusan etnik Rohingya (Genocide) sejak 1948 ini berlanjutan hingga kini walaupun PBB telah membuat ketetapan agar ia dihentikan. Operasi tentera dengan sokongan Arakan Army ini menyaksikan lebih ramai menjadi mangsa berbanding operasi sama pada Oktober 2016.

Berikutan tragedi kemanusiaan terbaru ini, PASRelief mengajak seluruh masyarakat dunia menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) segera campurtangan bagi menghentikan genocide yang berlanjutan ini.

Kami juga menggesa Asean dan OIC mengambil tindakan drastik bagi menyelamatkan nyawa dan harta benda Muslim Rohingya di Wilayah Arakan (Rakhine).

Kerajaan Malaysia perlu segera mengaktifkan plan kecemasan peringkat Asean dan negara Muslim serantau bagi menekan regim Myanmar. Bencana kemanusiaan yang sedang terjadi di Arakan pada masa ini akan memakan lebih ramai korban jika kita terus berpeluk tubuh dan berdiam diri.

Ayuh rakyat Malaysia, sertai himpunan aman dan menyerahan memorandum mengecam kekejaman Myanmar yang sedang melakukan jenayah kemanusiaan terburuk dalam sejarah dunia.

Muhammad Sanusi Md Nor
Pengarah PASRelief
AJK PAS Pusat

{jathumbnail off}