Home Artikel PAS Kelantan

17 guru ikuti kursus Diploma Pasti

78 views
SHARE

PUSAT Asuhan Tunas Islam (Pasti) Kelantan mencatat sejarah apabila seramai 17 gurunya mengikuti kursus khas di peringkat diploma.

Pengarah Pasti Negeri, Mohd Ariff Abdullah berkata diploma itu akan dikeluarkan Pasti Pusat bagi meningkatkan kemahiran mengajar dalam kalangan guru-guru Pasti.

Katanya, kursus siri pertama diadakan sempena cuti sekolah Ogos ini.

“Tahun hadapan ia akan diadakan di peringkat negeri-negeri,” ujarnya

ketika ditemui selepas Seminar Pengurusan Stress dan Penyampaian Elaun Guru-Guru Pasti.

Program itu diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di Pengkalan Chepa hari ini.

Seramai 850 guru Pasti seluruh Kelantan mengikuti seminar itu.

Mohd Ariff berkata, tiga kategori guru Pasti yang mengikuti kursus berkenaan iaitu guru tetap selama empat semester, guru pelatih (lima semester) dan pembantu (tujuh semester).

“Zaman sekarang guru berhadapan dengan situasi yang lebih mencabar.

Ragam pelajar juga begitu berbeza di zaman kini berbanding dahulu,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 29/8/2017