Home Berita PAS Kelantan

Asnaf terima sumbangan Yayasan Amal Malaysia

98
SHARE

KOTA BHARU, 11 September: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Mas, YB Rohani Ibrahim hadir menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan berupa wang tunai kepada asnaf pada Program Berkongsi Rezeki Subuh di Masjid Al-Mustaqim, Mukim Langgar, semalam.

Program tersebut adalah kelolaan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kelantan yang dihadiri oleh 54 orang asnaf.
Menurut Pengerusi Yayasan Amal Cawangan Kelantan, Abd Hamid Seman, program ini diadakan bertujuan bagi menggalakkan para asnaf untuk mengimarahkan masjid atau surau khususnya pada waktu Subuh.

“Program Berkongsi Rezeki Subuh akan diteruskan di beberapa buah masjid dan surau yang terpilih di negeri ini. Program kali ini mendapat sokongan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Ustaz Idris Ahmad dengan kerjasama daripada Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ( MAIWP) dengan sumbangan sebanyak RM20 ribu,” menurut beliau.

Turut hadir, Penghulu Mukim Langgar, Wan Shaari Nik Mahmood dan wakil pemuda Mukim Langgar, Ezwan Ilias.