Home Tadabbur Al-Quran

Tadabbur Surah As-Sajdah Siri 3

178 views
SHARE

๐Ÿ““๐Ÿ““ *Tadabbur Surah As-Sajdah* ๐Ÿ““๐Ÿ““
_Siri 3_

*Ayat: 5-6 (Allah SWT Pentadbir Sekalian Alam)*

๐Ÿ–‹ *Firman Allah serta terjemahannya:*

ูŠูุฏูŽุจูู‘ุฑู ุงู„ู’ุฃูŽู…ู’ุฑูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุณูŽู‘ู…ูŽุงุกู ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุฃูŽุฑู’ุถู ุซูู…ูŽู‘ ูŠูŽุนู’ุฑูุฌู ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ูููŠ ูŠูŽูˆู’ู…ู ูƒูŽุงู†ูŽ ู…ูู‚ู’ุฏูŽุงุฑูู‡ู ุฃูŽู„ู’ููŽ ุณูŽู†ูŽุฉู ู…ูู…ูŽู‘ุง ุชูŽุนูุฏูู‘ูˆู†ูŽ – ูฅ

_Allah mentadbirkan makhluk-makhluk-Nya; (bagi melaksanakan tadbir-Nya itu Dia menurunkan segala sebab dan peraturan) dari langit ke bumi; kemudian diangkat naik kepada pengetahuan-Nya (segala yang berlaku dari perlaksanaan tadbir-Nya itu untuk dihakimi) pada suatu masa yang (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) banyak bilangan tahunnya menurut hitungan masa kamu yang biasa._

ุฐูŽูฐู„ููƒูŽ ุนูŽุงู„ูู…ู ุงู„ู’ุบูŽูŠู’ุจู ูˆูŽุงู„ุดูŽู‘ู‡ูŽุงุฏูŽุฉู ุงู„ู’ุนูŽุฒููŠุฒู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู – ูฆ

_Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani._

๐Ÿ“– *Tafsir ringkas:*

1. Setelah terlaksana penciptaan langit dan bumi dengan segala isinya yang merupakan kerajaan Allah yang sempurna, maka Allah pun menjalankan urusan pemerintahan-Nya dan pentadbiran-Nya dari โ€˜Arasy, iaitu singgahsana-Nya, sebagai Raja segala kerajaan dan di situlah Allah membuat keputusan dan ketetapan-Nya. Kemudian segala keputusan dan ketetapan itu turun dari bahagian tertinggi tujuh lapis langit menuju titik terendah dari dasar lapisan bumi yang ke tujuh untuk dilaksanakan.

2. Kemudian urusan itu naik kembali kepada-Nya. Iaitu segala yang berlaku dari perlaksanaan tadbir-Nya dinaikkan untuk dinilai dan dihakimi. Ia termasuk semua amal perbuatan yang telah direkodkan oleh para malaikat dalam buku catatan yang terletak di atas langit dunia.

3. Ayat ini menyebut bahawa urusan Allah yang telah dilaksanakan akan diangkat naik kepadaNya pada suatu masa iaitu โ€˜suatu hariโ€™ โ€“ kerana perkataan ( ูŠูŽูˆู’ู…ู ) bermaksud โ€˜sehariโ€™. Ianya seperti satu laporan yang disampaikan kepada Allah SWT oleh para Malaikat.

4. Suatu hari yang dimaksudkan di sini bukanlah sehari seperti yang kita faham di dunia ini, tetapi sebagaimana yang dijelaskan oleh ayat: (ูƒูŽุงู†ูŽ ู…ูู‚ู’ุฏูŽุงุฑูู‡ู ุฃูŽู„ู’ููŽ ุณูŽู†ูŽุฉู) iaitu yang kadar lamanya selama seribu tahun. Menurut Mujahid, Qatadah, dan Al-Dahhak mengatakan bahawa jarak yang ditempuh oleh malaikat yang turun ke bumi adalah 500 tahun. Begitu pula naiknya sama dengan perjalanan 500 tahun, tetapi malaikat dapat menempuhnya sekelip mata sahaja.

5. Ayat seterusnya menegaskan bahawa Tuhan yang menciptakan, mengatur dan mengurus langit dan bumi serta segala yang ada padanya itu, adalah Tuhan Yang Maha Mengetahui. Dia Maha Mengetahui segala yang ghaib, yang tersembunyi dalam hati, yang akan terjadi, yang telah terjadi, mengetahui segala yang dapat dilihat dan yang tidak dapat dilihat oleh mata. Dialah Tuhan Yang Maha Kuasa, Maha kekal rahmat-Nya dan Dia pulalah Yang menciptakan seluruh makhluk dengan bentuk yang baik, serasi serta dengan faedah dan kegunaan yang hanya Dia saja yang mengetahuinya.

6. Semua yang tersebut pada ayat-ayat ini merupakan gambaran dari kebesaran dan kekuasaan Allah SWT dalam pengurusanNya agar manusia mudah memahaminya. Namun akal manusia tidak mampu membayangkan pengurusan-Nya pada pemahaman yang sebenar. Oleh itu, kita hanya perlu beriman sahaja dengan apa yang disampaikan kepada kita.

๐ŸŽ€ *Pengajaran*

1. Bacalah ayat-ayat Allah dengan kefahaman yang mendalam bahawa segala sesuatu yang diciptakan Allah, ada faedahnya, tetapi banyak manusia yang tidak mahu memperhatikannya. Lihat sahaja pentadbiran manusia di bumi ini yang amat terbatas kerana manusia hanya mampu menilai gerak kerja pekerja-pekerja mereka berdasarkan pandangan mata mereka sahaja. Namun, Allah SWT dengan kebesaran kerajaan pentadbiran-Nya mampu menjadi saksi atas segala amal perbuatan hamba-hamba-Nya.

2. Ambillah pelajaran dari sebutan masa iaitu hari (ูŠูŽูˆู’ู…ู) yang disebut dalam ayat di atas. Ia adalah isyarat bahawa hari kita dan hari pada sisi Allah tidak sama. Maka, perkara yang mengambil seribu tahun untuk kita buat, malaikat boleh lakukan dalam masa sehari sahaja. Begitu cepatnya mereka menjalankan kerja. Maka, ini mengajar kita supaya jangan buang masa. Kita mesti melakukan kerja kita dengan sebaik mungkin.

3. Hitunglah hari-hari yang berlalu yang disebut sebagai muhasabah diri. Kita wajib menghisab diri kita sendiri sebelum dihisab oleh Allah. Apakah agaknya laporan yang malaikat bawa kepada Allah? Tentu kita malu kalau perbuatan kita hanya membuang masa dan melakukan dosa sahaja. Lakukan sesuatu yang terbaik untuk menghasilkan rekod yang baik untuk dibawa ke hadapan Allah SWT.

4. Dalam kita mentadbir kehidupan kita, perlulah kita sedar dan ingat bahawa ada perkara yang kita lakukan untuk dunia dan ada juga untuk akhirat. Jangan kita terlupa tentang akhirat kita. Itulah penghujung yang pasti kita akan sampai.

5. Sentiasalah beriman dengan perancangan Allah yang telah menciptakan kita. Semuanya telah dirancang oleh Allah. Tujuan kita hidup di dunia ini juga telah dirancang oleh Allah. Kita semua adalah dalam perancangan Allah. Semuanya tidak akan berlaku tanpa pengetahuan-Nya. Ini mengajar kita bagaimana merancang sesuatu perkara. Ada orang yang langsung tidak memikirkan apakah kesan daripada perbuatannya. Mereka ini tidak ada hala tujuan jelas dan tidak akan dapat mencapai apa-apa akhirnya malah hanya akan mendapat kerugian.

๐Ÿ“š *Rujukan*:
Tafsir Ibnu Kathir

*Disusun oleh:*
*Lajnah Dakwah DMPM dengan kerjasama Ameerah dan Lajnah Dakwah DMPK Gombak.*
_1 Feb 2019_ / _26 Jamadil Awal 1440_