Home Berita PAS Kedah

Anjur pertandingan futsal untuk penduduk Jeneri

232
SHARE

SIK, 26 Dis – Sebanyak 48 kumpulan menyertai Kejohanan Futsal ADUN Jeneri 2021 yang dianjurkan ADUN Jeneri, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik, semalam.

Jurucakap Dewan Pemuda PAS Sik berkata sebanyak 48 pasukan berentap, dan Pasukan Seroja B Berjaya merangkul tempat pertama dan memenangi wang tunai RM1000 sebagai juara keseluruhan.

Kehadiran pemain bola sepak yang baru sahaja menandatangani kontrak bersama Kedah Darul Aman FC iaitu Muhammad Al-Hafiz bin Harun dan Pemain Lagenda Bola Sepak Kedah, Ahmad Sobri Ismail turut sama memeriahkan kejohanan tersebut.

Turut hadir, Ahli Parlimen Sik, YB Ahmad Tarmizi Sulaiman.