Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN.
KUALA NERANG, 8 Mei :Yang DiPertua PAS Kawasan Padang Terap Ustaz Mohd Azam Abd Aziz bersama Pengarah JPRD En.Mohd Khossim Osman telah mengadakan Program Singgah Sahur di Balai Bomba Kuala Nerang di pagi Jumaat yang dingin dan barokah,sekitar jam 2.30 pagi,
Program singgah sahur kali ini agak berkelainan dengan program Singgah sahur di tahun-tahun sebelum ini yang mana di edarkan bungkusan makanan sahaja.Tapi Singgah sahur kali ini dengan cara membawa peralatan memasak dan Ydp.Ustaz Mohd Azam sendiri yang memasak sambil di bantu oleh jawatankuasa JPRD Kuala Nerang dan PAS Kawasan dan makan sahur bersama.
Menu bersahur kali ini ialah ikan siakap tiga rasa,tomyam campur dan telur goreng dadar.Kakitangan bomba yang ada turut serta sama-sama membantu memasak.sedap sekali masakan yang di sediakan oleh ydp bersama anggota bomba.
Turut sama hadir ialah Pengerusi PRIHATIN merangkap Ketua Penerangan PAS Kawasan iaitu Ustaz Habibullah Salleh dan saf Ajk PAS kawasan dan JPRD Dun Kuala Nerang.
Aktiviti yang di adakan kali ini bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara kepimpinan PAS bersama anggota Bomba yang banyak membantu dan berkorban demi bangsa dan negara.
Ydp turut menyampaikan sedikit ucapan buat semua anggota Bomba iaitu “Terima Kasih di atas kerjasama dan menerima kunjungan mesra dari pihak kami bagi menjayakan program singgah sahur kali ini bagi mengeratkan hubungan silaturahim.In sha Allah jika diizinkan Allah bertemu lagi di Ramadhan yang akan datang”.
Inilah sifat keperihatinan dan kemesraan yang sedia ada pada Yang Dipertua PAS kawasan Padang Terap dalam menyantuni masyarakat umum.