Home Artikel PAS Melaka

ANAK SOLEH PINTAR HARAPAN SEMUA – UST SYAHBUDIN

445
SHARE
Ust Syahbudin Senin sedang menyampaikan ucapan perasmian.
PASTI AL NAHLU
PASTI AULAD PINTAR 2

 

Oleh : Ibnu Shah

ALOR GAJAH : Semua pihak termasuk ibu bapa dan guru-guru mempunyai peranan yang penting dalam merealisasikan visi penubuhan PASTI iaitu melahirkan insan soleh di Malaysia melalui sistem pendidikan pra-sekolah sebagai elemen terpenting.

Perkara itu ditegaskan oleh YDP PAS Alor Gajah, Ust Syahbudin Senin didalam ucapan perasmian Hari Anugerah Kecemerlangan PASTI Aulad Pintar 2 dan PASTI An-Nahlu di Mydin Pulau Sebang, Melaka pada Ahad 17 November lepas.

Tambah beliau lagi, pengalaman PASTI yang telah beroperasi lebih 30 tahun menjadikan PASTI suatu jenama yang diyakini oleh masyarakat dalam memberi pendidikan yang terbaik kepada anak-anak.

“Peranan guru-guru yang terlatih serta komitmen yang berterusan dalam mendidik murid-murid¬† dalam usaha menyemarakkan roh Islam dalam diri murid-murid adalah suatu usaha yang murni dan harus disokong serta disambut oleh ibu bapa dengan membudayakan Islam dalam kehidupan seharian.” ujar beliau.

Di samping itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan PASTI yang sentiasa memastikan kebajikan guru-guru dan murid PASTI berada dalam keadaan baik dan berharap elemen kebajikan kepada guru dan murid PASTI terus dititik beratkan mengikut suasana semasa.

Di dalam majlis ini juga, Ustaz Syahbudin Senin turut menyampaikan hadiah dan anugerah kepada guru-guru serta murid-murid PASTI Aulad Pintar 2 dan PASTI An-Nahlu.

Majlis ini turut dihadiri Pengurus PASTI Aulad Pintar 2, Shamsul Bahrin Mohd Saad dan Pengurus PASTI An-Nahlu, Hasim Abdullah.

Sebelum itu, beliau turut merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan PASTI At-Taqwa 2 di Dewan Ar-Rasyidin disesi pagi yang turut dihadiri Pengurus PASTI At-Taqwa 2, Cikgu Abdul Halim.