Home Kenyataan Media PAS Negeri Sembilan

PJ PAS NS Rasmi Majlis Anugerah Kecemerlangan PASTI Kuala Pilah 2019

315
SHARE
Tokoh Pelajar Terbaik Kokurikulum
Tokoh Pelajar Terbaik Keseluruhan (Akademik dan Kokurikulum)

Oleh Faizah Yusof

KUALA PILAH – Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Tuan Haji Rafiei bin Mustapha merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan PASTI Kuala Pilah di Dewan Hadhari Juasseh.

Tuan Haji Rafiei bin Mustapha turut menyampaikan Anugerah Pelajar Terbaik Tokoh Kokurikulum yang disandang oleh M.Uzair bin Airu Rizal datipada Pasti Azzahra, Johol.

Manakala Anugerah Tokoh Pelajar Terbaik  Keseluruhan dirangkul oleh Ali Addhurul Nafis bin Yahaya daripada Pasti An Najah, Juasseh.

Seramai 83 orang pelajar PASTI seluruh kawasan Kuala Pilah turut menerima Sijil dan hadiah mengikut kategori Kurikulum dan Kokurikulum.

Pihak PASTI Kuala Pilah merakamkan terima kasih di atas jasa guru-guru yang telah mendidik anak-anak pasti dengan penuh tanggungjawab.

Tidak dilupakan ucapan terima kasih atas sumbangan ibubapa yang telah menghantar anak-anak ke pasti di Kawasan Kuala Pilah.

Turut hadir Tuan Haji Hassan bin Mohamad, TPJ PAS NS dan Ketua Pemuda PAS Kuala Pilah, Ustaz Hamzah bin Hassan.