Home Kenyataan Media PAS Negeri Sembilan

Anak Sindrom Apert taut hati penyumbang

361
SHARE

oleh : FaizahMY

Penyampaian sumbangan oleh Dr Rosni- Photo SURI

NILAI – “Lincah, ceria dan aktif anak ini, namun begitu, anak yang menghidapi sindrom Apert ini, kata Puan Aisyah ibu kepada adik Nur Ardahania Firsha yang baru berusia 4 tahun.

Sindrom Apert ini menghalang tengkorak tumbuh secara normal dan mempengaruhi bentuk kepala dan wajah.

Maka,  usaha dibuat beberapa pihak termasuk Dewan Muslimat PAS Malaysia untuk mendapatkan sumbangan bagi membiayai kos pembedahannya pada 20 Julai 2020.

Justeru itu, Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Malaysia, Dr. Rosni Adam diiringi Ahli Jawatankuasa Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat dan Lajnah Kebajikan PAS Negeri Sembilan ke rumah Adik Firsha untuk menyampaikan sumbangan.

Bual santai bersama ibu dan Adik Firsha- photo SURI

Sebelum mengakhiri pertemuan petang itu, Ustaz Mahmuda Aliman, Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Ulamak PAS Negeri Sembilan,  mengetuai bacaan doa selamat.

Turut hadir Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Negeri Sembilan, Hj.Ishak Omar, YDP PAS Seremban, Hj. Fadli Che Me dan Ahli Jawatankuasa Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan.

Sebarang pertanyaan program kebajikan sila hubungi Hj Ishak Omar di talian 012-3494041 atau sumbangan dalam akaun Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Negeri Sembilan – BIMB : 05030010109346 .