Home Kenyataan Media PAS Kedah

Tahniah Presiden dan Naib Presiden KFA yang baharu

727
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
12 Julai 2020

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah merakamkan ucapan sekalung tahniah buat YAB Menteri Besar Negeri Kedah di atas perlantikan sebagai Presiden KFA yang baharu.

Sekalung tahniah juga diucapkan kepada lagenda bola sepak suatu ketika dahulu Tuan Haji Radhi Mad Din yang dilantik sebagai Naib Presiden KFA.

Bola sepak adalah sangat intim dengan minat anak muda bahkan ia merupakan sukan paling mendapat tempat di hati semua lapisan masyarakat khususnya di negeri Kedah.

Bola sepak adalah simbol perpaduan tanpa mengira agama dan bangsa juga latar belakang politik yang menjadi formula keutuhan jatidiri rakyat Kedah.

Tahun 2007 dan 2008 merupakan tahun gemilang bagi pasukan Kedah kerana dalam sejarah penubuhan KFA, Kedah berjaya merangkul gelaran double-treble dengan merangkul kejuaraan utama bola sepak Malaysia iaitu dengan memenangi Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia di bawah pemerintahan kerajaan pimpinan Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Ramai yakin dan percaya bahawa YAB Menteri Besar Negeri Kedah akan memimpin bahtera KFA dengan cemerlang, menyambung bekas tangan Al Marhum Ustaz Azizan Abd Razak yang melonjakan KFA di persada yang tinggi.

Kami anak muda Kedah sentiasa mengharapkan sesuatu yang positif untuk pembangunan bola sepak Kedah.

“Pulun Kedah Pulun”

Yang Benar,

Nurul Amin Hamid
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah