Home Artikel PAS Selangor

Dari Meja Ketua Penerangan PAS Selangor – Selamat Kembali Ke Sidang Parlimen Malaysia 2020

460
SHARE

Hari ini akan tercatat satu lagi sejarah negara bilamana Parlimen akan bersidang bagi penggal ketiga Parlimen ke 14 tahun 2020. Persidangan kali ini istimewa dikala Kerajaan Perikatan Nasional mentadbir Kerajaan Persekutuan yang dianggotai juga ahli-ahli Parlimen PAS di dalam kabinet Kerajaan Malaysia. Mesyuarat Pertama Sidang Parlimen ditetapkan hanya Titah Diraja Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen yang berlangsung 1 hari sahaja pada 18 Mei 2020.

Mesyuarat Kedua Sidang Parlimen kali ini akan lebih bermakna selepas ianya berlangsung pasca pandemik COVID-19 dan akan menyaksikan ruang perbahasan dikalangan ahli parlimen berlaku selepas ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) kembali ke blok Pembangkang. Luar biasa pengalaman Parlimen Malaysia dalam tempoh tak sampai sepenggal sudah bertukar kerajaan.

Badan Perhubungan PAS Selangor mengucapkan selamat kembali bersidang di Parlimen Malaysia kepada YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Presiden PAS, YB Dato Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS, semua Ahli Parlimen PAS, kepada YAB Tan Sri Muhyidin Yasin Perdana Menteri Malaysia dan Jemaah Menteri serta semua Ahli Parlimen Malaysia.

Semoga persidangan hari ini berjalan lancar dan tiada lagi dibangkit isu siapakah yang mempunyai angka bilangan majoriti ahli parlimen selepas dari ini.

Us Syarhan Humaizi Halim
Ketua Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Selangor

23 Zulkaedah 1441H | 13 Julai 2020

#PASSelangor

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan