Home Berita PAS Kedah

Anak muda suka sukan, bebas daripada arak dan judi

205
SHARE

Oleh ANA NAJWA

SUNGAI LIMAU – “Anak muda suka sukan, bebas daripada arak dan judi”. Demikianlah sebaris ayat diungkapkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Sungai Limau, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat menerusi laman facebook beliau sebagai tanda sokongan terhadap program sepak takraw yang berlangsung pada 20 November lalu.

YB Ustaz Mohd Azam mengambil peluang untuk turun ke lapangan dan menyantuni anak-anak muda yang terlibat dalam pertandingan Sepak Takraw anjuran Sahabat Masjid Pekan Sungai Limau Dalam.

Program yang bermula sejak awal pagi ini disertai oleh 16 pasukan dari berbagai daerah. Ini termasuklah pasukan dari daerah Kulim, Kuala Muda dan Pendang di samping dari daerah Yan dan sekitar Sungai Limau sendiri.

Menurut YB Ustaz Azam, Pertandingan Sepak Takraw anjuran Sahabat Masjid Pekan Sungai Limau Dalam ini merupakan satu inisiatif yang amat baik dalam mempromosi dan membudayakan aktiviti sukan dan riadah kepada komuniti masjid demi mencapai misi sihat jasmani.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada barisan Ahli Jawatankuasa Masjid, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Pakcik Ibrahim dan semua yang terlibat menjayakan program ini.