Home Berita PAS Kelantan

Anak Kelantan, modal insan agen pengubah masyarakat

286
SHARE

SABAH, 5 Feb: Exco Hubungan Seranta Negeri Kelantan YB Dato’ Panglima Perang Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata modal insan anak Kelantan adalah agen pengubah masyarakat.
Menurutnya, ramai anak-anak muda yang menghadiri Program Jelajah Kelantan Prihatin 2.0 di Kota Kinabalu ialah mahasiswa Kelantan yang melanjutkan pengajian di bumi Sabah.

“Semoga siswa siswi ini bakal menjadi generasi pelapis kepimpinan masa hadapan yang berwibawa dan beriman,” katanya.

Program Jelajah Kelantan Prihatin 2.0 di Sabah anjuran Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) kelolaan Unit Hubungan Seranta berlangsung meriah dalam suasana kekeluargaan.

Program tersebut berlangsung serentak di Pusat Islam Austral Kepayan, Kota Kinabalu, Restoran The Red Warrior, Sandakan dan Desa Tunas Hijau, Labuan, semalam.

Turut memeriahkan program ialah anak Kelantan yang berbakti di Beluran, Kinabatangan dan Telupid.