Home Artikel PAS Kedah

AMK perlu berhenti berpolemik, usah ditiru pimpinannya di Pusat

454
SHARE

Abdul Hadi Omar

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah kecewa dengan kenyataan yang terlalu berbaur politik, sehingga tidak sedar bahawa negeri Kedah lebih memerlukan simpati para pemimpin politik untuk membawa agenda rakyat yang lebih mustahak kini.

AMK Kedah perlu berhenti meniru langkah orang “tuanya di pusat” yang sering menjadikan isu politik sebagai taruhan dan polemik sehingga mengancam agenda rakyat yang sedang dibangunkan kerajaan tanpa henti.

Marilah kita kembali kepada landasan tujuan berpolitik sebagai “ladang bekalan akhirat” dan melakukan kebajikan yang akhirnya manfaat kepada rakyat. Bukan mengkucar-kacirkan emosi rakyat, mencetus fitnah dan kecaman seolah politik tiada dosa dan pahala.

Ayoh kita bersama menghentikan rantaian covid 19 dan bersama patuh kepada arahan pihak Kerajaan untuk mengekang wabak pandemik ini.

Yang Benar,

Abdul Hadi Omar
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah