Home Artikel PAS Wilayah

Pengedar Harakah Kembali Ke Rahmatullah

959
SHARE

PENGEDAR HARAKAH KEMBALI KE RAHMATULLAH

Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Yang Mulia Raja Anuar Bin Raja Ahmad , Pengerusi Tetap PAS Kawasan Lembah Pantai di atas pemergian beliau pada 7 Oktober 2020 jam 2.00 petang di kediaman dan sempurna disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bohol.

Dikesempatan ini Ustaz Haji Md Ali Jamil Ketua Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan merakamkan ucapan takziah dengan perasaan sedih atas pemergian sahabatnya iaitu Allahyarham Yang Mulia Raja Anuar bilamana mengenangkan sumbangan sewaktu hidupnya iaitu sebagai Pejuang awal PAS Kawasan Lembah Pantai dalam masa yang sama pernah menjawat jawatan AJK PAS Kawasan Lembah Pantai bahkan beliaulah sewaktu hidupnya telah memberikan pengorbanan yang besar sebagai Pengedar Istiqamah Harakah dari awal dahulu sehingga akhir hayatnya..Allahurabbi..

Semoga dengan pemergian dan atas amal besar bagi mendaulatkan Islam melalui wadah Parti Islam Semalaysia PAS akan beroleh manfaat sebagaimana Firman Allah SWT : (Surah Al-Fajr 27-30)

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ، ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً ، فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ، وَادْخُلِي جَنَّتِي

“Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan penuh kepuasan dan mendapat keredaan dari-Nya. Dan silalah masuk ke dalam jamaah para hamba kesayangan-Ku. Dan silalah masuk ke dalam syurga-Ku.”

Sayugialah kita para penyokong dan pendokong Parti Islam Semalaysia PAS memanjatkan Doa :

اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه
ﺍﻟﻠﻬﻢّ ﺃﺑﺪﻟﻪ ﺩﺍﺭﺍً ﺧﻴﺮﺍً ﻣﻦ ﺩﺍﺭﻩ، ﻭﺃﻫﻼً ﺧﻴﺮﺍً ﻣﻦ ﺃﻫﻠﻪ، ﻭﺃﺩﺧﻠﻪ ﺍﻟﺠﻨّﺔ، ﻭﺃﻋﺬﻩ ﻣﻦ ﻋﺬﺍﺏ ﺍﻟﻘﺒﺮ، ﻭﻣﻦ ﻋﺬﺍﺏ ﺍﻟﻨّﺎﺭ ً .

Ya Allah, Ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kpd ahli keluarganya

Penulis adalah merupakan Ketua Urusan Ulama PAS Kawasan Lembah Pantai merangkap Pengerusi Lajnah Kebajikan Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan