Home Berita PAS Melaka

Ameerah Melaka Anjur Bengkel Bedah Perlembagaan PAS

762
SHARE

Oleh : Ibnatdeen

AYER KEROH : Julung kalinya Ameerah Melaka menganjurkan program Bengkel Bedah Perlembagaan PAS bertempat di Bilik Seminar Ayer Keroh semalam.

Objektif penganjuran bengkel ini, adalah untuk memberi pendedahan kepada muslimat muda khususnya, mengenai peri penting perlembagaan sebagai manual rujukan utama berkaitan sistem dan penstrukturan organisasi PAS.

Hadir memberi mengisian Dr Nurul Hani Binti Md Ali selaku Setiausaha Dewan Muslimat PAS Malaysia. Beliau dalam ucapannya, memuji idea dan usaha baik Ameerah Melaka yang belum pernah dilaksanakan oleh mana-mana muslimat PAS di Malaysia.

Tegasnya, perlembagaan PAS ini perlu difahami oleh Ahli PAS keseluruhannya bagi meningkatkan rasa tanggungjawab dan disiplin dalam berorganisasi serta menyelaraskan setiap sistem pengurusan parti di semua peringkat.

Bengkel telah berjalan selama tiga jam dengan pembentangan mengenai perlembagaan dan latihan berkumpulan bagi mencerna beberapa intipati penting perlembagaan yang berkait rapat dengan semua ahli PAS.

Turut hadir bersama di dalam program, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka Hajah Kintan Man dan Pengarah Ameerah Melaka Saudari Humaira Jameelah Isa.