Home Artikel PAS Perlis

Muslimat Perlis Adakan Pelancaran Jejak 12K

320
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Program Pelancaran Jejak 12K dan Promosi APSA Peringkat Negeri Perlis yang berlangsung semalam berjaya menarik kehadiran seramai 100 orang peserta.

Program anjuran Lajnah Tarbiah dan Perkaderan Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis itu telah berlangsung di Kompleks PAS Perlis (KOMPAS) dekat sini.

Dr. Ustazah Wahibah Twahir, Ketua Pengarah Jabatan APSA Dewan Muslimat PAS Malaysia hadir selaku perasmi program.

Turut sama hadir dalam program berkenaan, Setiausaha Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan Dewan Muslimat PAS Malaysia merangkap Ketua Pengarah Sektor Pentadbiran APSA DMPM, Puan Hajah Nor Hasdillah Mohd Hasim dan  Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis, Puan Hajah Latifah Mat.

Selain pelancaran Jejak 12K, turut diadakan adalah acara Munajat dan Tazkirah AKIFI, taklimat rekod amal dan penyerahan Buku Rekod Amalan AKIFI serta  Promosi APSA manakala slot resolusi, bai’ah dan doa Wehdah pula menutup tabir program berkenaan.