Home Berita PAS Kedah

Ambil peluang cuti sekolah, anjur Majlis Khatan Perdana Kubang Pasu Tahun 2023

100
SHARE

Oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR,19 FEB – Bersempena cuti awal tahun sesi persekolahan, Majlis Perbandaran Kubang Pasu tidak melepaskan peluang ini untuk menganjurkan Majlis Khatan Perdana Kubang Pasu Tahun 2023 pagi ini.

Majlis yang diadakan di Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) An-Nur, Kampung Tok Kesop itu melibatkan seramai 33 orang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 5-12 tahun.

Menurut PAS Kawasan Kubang Pasu di facebooknya, program ini adalah hasil kerjasama Majlis Perbandaran Kubang Pasu mereka bersama mereka serta Sriti An-Nur.

Majlis telah dirasmikan oleh Yang Di Pertua MPKP, Encik Badrulhisham Sulaiman. Turut hadir Encik Zulhazmi, Ahli MPKP sekaligus bertanggungjawab menjayakan majlis ini.