Home Berita PAS Wilayah

AMALWP TERUS BERAMAL DI JOHOR

393
SHARE

Seramai 15 orang anggota Jabatan Amal Malaysia Wilayah Persekutuan mengerahkan tenaga dan keringat membersihkan 4 buah rumah pada hari ini.

Diketuai oleh Timbalan Pengarah 1 Bahagian Operasi, Sdr Ahmad Ghazali Na’amat membahagikan anggota ke 4 buah rumah. Aktiviti mencuci kawasan dalam dan luar rumah, mengangkut barangan mangsa banjir ke kawasan lapangan luar rumah.

Seluruh anggota bertungkus lumus mengikuti arahan yang diberikan dan memberikan komitmen yang tinggi. Hampir keseluruhan aset dan peralatan dibawa dari Wilayah Persekutuan demi membantu mangsa banjir.

Alhamdulillah, terlihat gembira pada riak wajah keluarga mangsa. Syukur, kami JAMWilayah Persekutuan bersedia membantu sedaya upaya mungkin.

Seterusnya akan ada gelombang bantuan kedua dan ketiga mungkin yang akan disusun sebaik mungkin tenaga bantuan dari Wilayah Persekutuan.

Demi Islam, Amal Bersedia
‘Beramal Kerana ALLAH’

JAMWP

AMALBANJIR

AMALWP