Home Berita PAS Sabah

Amalkan budaya kongsi rezeki

34
SHARE

Oleh : Suziana Ghani
27 Mac 2025

TAWAU: Ambil peluang di bulan Ramadan untuk memperbanyakkan amalan baik, salah satunya adalah budaya berkongsi rezeki bersama golongan yang kurang bernasib baik.

Menurut Timbalan Yang Dipertua PAS Tawau, Amboase Ramano, dengan berkongsi rezeki tidak akan menyebabkan kita miskin.

“Dalam rezeki kita, ada bahagian orang lain dan dengan bersedekah boleh menyebabkan harta kita lebih berkat.

“Hari ini, kita raikan anak yatim dan asnaf berbuka bersama supaya mereka boleh rasa makanan yang sedap di luar kebiasaan mereka,” katanya semasa Majlis Iftar Bersama Anak Yatim dan Asnaf, di sini, baru-baru ini.

Seramai 30 orang anak-anak diraikan bersama salah seorang pengiring sama ada ibu, bapa ataupun penjaga mereka supaya dapat berbuka bersama.

Menurut Amboase lagi, anak yatim dan asnaf turut diberikan duit serta kuih raya supaya mereka merasa bersemangat dan gembira menyambut raya.

Turut hadir Ketua Pemuda PAS kawasan, Dr Munzier Mahamud dan Ketua Muslimat PAS Kawasan, Siti Rahmah Bandu.