Home Berita PAS Perlis

PAS Perlis Tangguh Semua Aktiviti

585
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis dalam satu kenyataan media semalam mengarahkan penangguhan semua program parti berkenaan berkuatkuasa hari ini.

Arahan berkenaan dibuat susulan peningkatan ketara kes Covid-19 di negeri ini sejak beberapa hari lalu.

Menurut pesuruhjayanya Mohd. Shukri Ramli, penangguhan berkenaan dibuat sebagai langkah membantu usaha kerajaan membendung penularan wabak Covid-19 yang kini memasuki gelombang ketiga.

“Arahan penangguhan ini melibatkan semua jenis aktiviti termasuk program kuliah di semua premis milik parti,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Operasi semua Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) walaubagaimanapun dibenarkan berjalan seperti biasa mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Menurutnya lagi, arahan penangguhan berkenaan berkuatkuasa sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Negeri Perlis yang sebelum ini berada dalam zon hijau kini telah diisytiharkan sebagai zon merah setelah kes Covid-19 mencatatkan bilangan dua angka sejak beberapa hari lepas.

Ini menjadikan negeri berkenaan mencatatkan jumlah kes terkumpul sebanyak 114 kes dengan jumlah kematian masih kekal 2 orang.