Home Berita PAS Melaka

AMAL HTJ sanitasi PASTI sekitar Melaka

1087
SHARE

Oleh : Anas Abdullah

HANG TUAH JAYA : Jabatan Amal Negeri Melaka Kawasan Hang Tuah Jaya telah melakukan operasi sanitasi di beberapa premis PASTI cawangan di sini semalam.

Operasi sanitasi tersebut yang di ketuai oleh Komandan Jabatan Amal Hang Tuah Jaya, Mohd Luqman Abu Bakar melibatkan PASTI Al Ikhwan, PASTI As Sakinah, PASTI Genius Huffaz, dan PASTI Ar Rahman.

Menurut beliau, sanitasi ini dilakukan bagi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum operasi tadika atau PASTI dibenarkan beroperasi.

Tambah beliau lagi, operasi sanitasi ini telah pun dilakukan sebelum ini berdasarkan permintaan daripada PASTI cawangan.

Turut bersama dalam operasi sanitasi adalah AJK Lajnah IT dan Multimedia Dewan Pemuda PAS Kawasan Muhammad Fareed Abu Kasin.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)