Home Berita PAS Kelantan

Alumni KMKJ kunjungi YIK

67
SHARE

Oleh SYED RIDUAN SYED KAMARUDIN

TUNJUNG, 25 Ogos: Alumni Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) mengadakan kunjungan ke Yayasan Islam Kelantan (YIK) bagi membincangkan Program Ahlan Urdun 2021.

Setiausaha Alumni KMKJ, Mohd Ismail Hassan berkata program yang bakal dianjurkan pada 3 hingga 4 September 2021 itu bertujuan memberi pendedahan dan persediaan kepada mahasiswa untuk mendepani suasana kehidupan baharu di Jordan, secara atas talian.

“Program ini juga berkongsi maklumat tentang silibus dan kuliah pengajian yang bakal diikuti sama ada di universiti mahupun di luar universiti”, katanya ketika ditemui di pejabat YIK, semalam.

Sehubungan itu, Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid YIK, Harun Ismail memaklumkan pihak YIK sangat mengalu-alukan program yang bakal memberi manfaat kepada calon siswa dalam kalangan pelajar lepasan sekolah YIK.