Oleh : Abu Anas
JASIN, 1 Feb : Jenazah Almarhum adik Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek yang meninggal dunia pada 29 Januari lepas akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Simpang Bekoh, di sini, sebentar lagi.
Ketika berita ini ditulis ahli keluarga dan penduduk sekitar masih lagi menunggu ketibaan jenazah di perkarangan Madrasah Asy-Syakirin Simpang Bekoh untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan.
Almarhum Adik Zubaidi Amir meninggal dunia pada 29 Januari lepas dipercayai didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya ketika tinggal bersama mereka di sebuah rumah di Taman Krubong Jaya.
Untuk rekod ibu kandung dan bapa tiri Almarhum kini masih direman untuk siasatan lanjut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana melakukan bunuh.