Home Berita PAS Wilayah

“Tak kisah kaum apa, agama apa jadi wakil kami.” – Pengundi Cina

8231
SHARE

BATU, 11 April – PAS dilihat semakin mendapat perhatian terutamanya dalam kalangan masyarakat Cina. Demikianlah yang dapat disimpulkan usai YDP PAS Kawasan Batu, Ustaz Azhar Yahya mengunjungi pasar dan medan selera di UTC Sentul pagi ini.

Kebanyakan peniaga dan orang awam yang ditemui menyatakan sokongan terhadap hasrat dan komitmen PAS untuk bertanding dan memenangi Parlimen Batu pada PRU14 ini.

Seorang wanita Cina yang bergegas menyapa Ustaz Azhar Yahya untuk menyatakan sokongannya kepada PAS memaklumkan, “Kami orang-orang Cina, tidak kisah pun kaum atau agama apa yang jadi wakil kami. Apa yang penting ialah dia mesti berintegriti dan partinya berwibawa.”

Wanita Cina itu memuji integriti yang ada pada pemimpin-pemimpin PAS yang sehingga kini bebas daripada sebarang sabitan kes rasuah.

Ustaz Azhar dalam pada itu menjelaskan, selain PAS mempunyai agenda politik dan kenegaraan yang terancang dan mantap menerusi WINS, BPMS, Dokumen Hijau dan Manifesto Malaysia Sejahtera, apa yang ada pada PAS dan tiada pada parti lain ialah nilai integriti para pemimpinnya.

Kata beliau, “Kami orang-orang PAS ini dididik supaya sentiasa takut kepada Allah dan buat pertimbangan berdasarkan dosa dan pahala. Sekiranya terlanjur, kami diingatkan supaya segera bertaubat dengan meminta maaf kepada manusia dan kepada Allah serta memperbetulkan kesilapan.”