Home Berita PAS Melaka

Al-Haziq Frozen Food perluaskan lagi misi bantuan kemanusiaan ke seluruh Malaysia

582
SHARE

Oleh : Zul Sham Mahat

MASJID TANAH, 6 Feb : Al Haziq Frozen Food meneruskan lagi kerja amal dengan meluaskan lagi misi bantuan kemanusiaan ke seluruh Malaysia.

Setelah selesai dengan misi bantuan mangsa banjir di Terengganu baru-baru ini mereka telah sepakat untuk menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memberi bantuan kepada masyarakat daripada golongan fakir miskin.

NGO ini yang ditubuhkan atas nama ‘Pertubuhan Peduli Ummah’ dengan nama singkatannya ‘Si Peduli’ diwakili oleh Syarikat Perniagaan SK Mart, Nadiral Resources, Zas Engineering, Net Provision Solutions, Mainergy Services, E Power Engineering Sdn Bhd, Senditek Sdn Bhd dan Al Haziq Solution Resources.

Menurut salah seorang daripada pengasas dan merupakan penggerak utama NGO ini, Hasbullah Halil, 44, misi bantuan mereka seterusnya adalah untuk Negeri Melaka dan Perak.

“Tujuan utama NGO ini ditubuhkan ialah untuk menolong orang susah dan miskin juga membantu masyarakat pedalaman yang sukar mendapatkan keperluan asas seperti air.

“Kita akan buatkan ‘water boring’ iaitu sedut air dalam tanah dan untuk kegunaan harian mereka. Untuk permulaan kita akan ke Kedah untuk menyalurkan bantuan ini.

“Misi bantuan kami ini insya-Allah akan kami perluaskan juga hingga Sabah dan Sarawak jika diizinkan dan bukan hanya di Semenanjung Malaysia,” ujar beliau bersemangat.

Dengan kekuatan sebuah lori lima tan dan empat buah kenderaan pacuan empat roda Hasbullah bersama pasukannya telah bertolak malam semalam dan berkumpul di Kuala Lumpur bersama rakan lain sebelum bertolak ke Baling, Kedah hari ini.

Antara barangan bantuan yang dibawa bersama termasuk keperluan asas, beras, gula, tepung, minyak masak dan peralatan-peralatan lain.

Turut sama dalam bantuan kemanusiaan ini adalah anak-anak muda yang menerajui syarikat-syarikat tersebut
antaranya Hanapi Mude, 38 Zulkarnain Muhamad, 38, Eliyas, 45, dan Shukri Dahalan, 37.


 


Hubungi agen Masjid Tanah Yong Tau Foo segera TEPEN FROZEN – Bahrum : 011-16964842