Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA
KOTA BHARU, 12 Sept: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sentiasa terkehadapan dalam membantu golongan petugas barisan hadapan demi memastikan setiap proses perjalanan aktiviti di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) serta Pusat Pemberian Vaksin(PPV) tempatan sepanjang pandemil COVID-19 melanda.
Atas dasar Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) inilah, AKSB hari ini meneruskan aktiviti CSR seperti sebelum ini dengan menyumbang sejumlah karton air mineral sebanyak 2,400 botol kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Pasir Mas.
Terdahulu, majlis penyerahan ringkas telah disempurnakan oleh Pengurus Besar AKSB, Datuk Ir. Dr. Azuhan Mohamed kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Mas Puan Azizan yang mewakili JKM Pasir Mas.