Home Berita PAS Kelantan

AKSB bekal 520 juta liter air bersih sehari menjelang Aidilfitri

84
SHARE

Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA

KOTA BHARU, 10 Mei: Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) akan mengoptimumkan bekalan air bersih kepada pengguna menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Ketua Jabatan Operasi AKSB, Mohd Ashri Awang menjelaskan perkara berkenaan pada sidang media di Kompleks Kota Darulnaim hari ini.

Katanya, dengan 520 juta liter bekalan air sehari untuk seluruh Kelantan, ia dijangkakan dapat menampung penggunaan semasa rakyat kerana tidak berlaku penggunaan secara mendadak seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Bagi memenuhi keperluan tersebut, AKSB menyediakan 440 tangki statik, 9 lori tangki air dan 21 lori air kontrak,” kata beliau lagi.