Oleh WAN AMIRUL
POKOK SENA, 26 Jun 2021 – Ahli Jawatankuasa Masjid Khairul Jamek AlMaarif, Tualang mengambil langkah proaktif membantu penduduk kampung disini mendaftar sebagai penerima Vaksin.
Menurut Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Tualang, Sdr Jailani bin Muhammad “Seramai 325orang telah hadir untuk didaftarkan sebagai penerima vaksin hari ini”.
Beliau menambah, “Dari kedatangan penduduk kampung tadi, ia menunjukkan kesemua kami bersedia untuk menerima suntikan vaksin bagi menggekang penularan virus Covid-19”.
Selain itu, kekangan capaian internet dan kemampuan menggunakan gaget moden seperti talifon pintar untuk mendaftar merupakan masalah utama kami disini.
Kami bermohon Kepala pihak Kementerian Kesihatan, untuk menjadikan masjid kami ini sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) kerana ramai di kalangan kami mempunyai kekangan kenderaan untuk ke PPV terdekat, tambahan beliau.
Program ini turut mendapat perhatian ADUN Bukit Pinang,YB Wan Romani Wan Salim, yang turut memberikan sokongan moral serta sedikit bantuan kewangan kepada penganjur kerana telah berusaha menyahut seruan kerajaaan bagi membentuk Imuniti Kelompok.