Home Berita PAS Selangor

Program AD4C : Sumbangan kit bantuan makanan kepada 7 keluarga – JAMK Ampang

13
SHARE

May be an image of one or more people, people standing and road

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Ampang | Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang (JAMKA) masih lagi istiqamah dalam membantu masyarakat dengan menyampaikan sumbangan makanan kepada mereka. JAMKA mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu menjayakan Program AD4C ini. Baik yang menyumbang barangan makanan atau wang tunai dan yang memaklumkan kepada mereka akan keberadaan insan yang memerlukan makanan.

Ketua Unit Kejuruteraan JAMKA Captain(b) Tuan Zainan bersama Timbalan Unit Kejuruteraan JAMKA Tuan Nik Izmi Affendi telah melapangkan masa bagi menyampaikan kit sumbangan makanan asas kepada tujuh pemohonan yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Program AD4C JAMKA pada kali ini.

Kesemua tujuh penerima ini menyewa rumah di sekitar kawasan Flat Seri Nilam, Bandar Baru Ampang dan Taman Dagang. Boleh dikatakan ramai dari di antara mereka telah kehilangan pendapatan samada dibuang kerja atau diberi cuti tanpa gaji dan itulah hakikat bagi mereka yang yang bergelar B40.

Sedikit perkongsian menarik kali ini adalah terdapat 4 orang anak muda yang menaiki motosikal Honda RS150R dari sebuah kumpulan motorsikal di Ampang telah bersama-sama membantu JAMKA untuk menyampaikan bantuan.

JAMKA amat mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja tidak kira bangsa dan agama yang berminat membantu mereka dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan kemasyarakatan di dalam kawasan Ampang samada menjadi anggota JAMKA atau sukarelawan JAMKA. Sila tampil kerana JAMKA memang memerlukan sukarelawan kerana mereka kekurangan tenaga kerja sekarang ini.

Kepada sesiapa sahaja yang ingin membantu mereka yang memerlukan boleh dibuat ke akaun berikut :-

No Akaun: 8604427663
Nama: JAM AMPANG VENTURES
Bank: CIMB ISLAMIC BANK

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor