TUMPAT, 9 Jan: Ahli-ahli persatuan kereta sewa diseru tingkatkan usaha dalam mendepani cabaran yang semakin meningkat dalam bidang pengangkutan masa kini.
Demikian menurut Exco NGO Kerajaan Negeri, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat sewaktu merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Gabungan Persatuan-Persatuan Kereta Sewa Kelantan Barat Kali Ke-16 Bagi Tahun 2022 di Wisma Imtiyaz, Pusat Khidmat DUN (PKD) Pengkalan Kubor, semalam.
Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan persatuan kepada ahli-ahli daripada Kota Bharu, Pengkalan Kubor, Pasir Mas dan Rantau Panjang.
Turut hadir, Ketua Polis Daerah Tumpat, ACP Amran Dollah.