Home Berita PAS Kelantan

Ahli Parlimen Tumpat gerakkan Misi Bantuan Banjir ke Selangor

249
SHARE

TUMPAT, 28 Dis: Seramai 70 sukarelawan bergerak ke Selangor dalam Misi Bantuan Banjir Parlimen Tumpat Ke Selangor 2.0 (Operasi Jentera Berat), pagi ini.

Ahli Parlimen Tumpat, YB Dato’ Che Abdullah Mat Nawi mengibarkan bendera perlepasan misi tersebut di perkarangan Masjid Ismaili, Pasir Pekan diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu, YB Mohd Rusli Abdullah dan Pegawai Penerangan Daerah Tumpat.

Dalam ucapannya, YB Dato’ Che Abdullah mendoakan semoga misi selamat dalam perjalanan pergi dan balik serta dapat melakukan segala urusan dalam keadaan baik dan sempurna.
Misi tersebut diketuai Noorizani Ab Wahab yang akan melakukan kerja-kerja pembersihan di Puchong selama tiga hari.

#MisiKemanusiaanPascaBanjirPahangSelangor