Home Berita PAS Kedah

Ahli Parlimen Pendang ketuai Operasi Pematuhan Akta 446 dan SOP PPN

122
SHARE

Oleh ANA NAJWA

TAIPING, 27 Sept – Timbalan Menteri Sumber Manusia yang juga Ahli Parlimen Pendang, YB Haji Awang Hashim telah mengetuai Operasi Pematuhan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) dan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) di Taiping, Perak baru-baru ini.
Operasi ini dilakukan bagi memastikan para pemain industri dan masyarakat terus kekal patuh terhadap akta-akta yang dikuatkuasa ini.

Menurut coretan beliau di Facebook, hasil pemeriksaan mendapati pelbagai kesalahan telah dikesan terutama berkaitan peraturan tempat penginapan pekerja, kegagalan mengimbas kod MySejahtera dan beberapa kesalahan lain di bawah bidang kuasa JKKP dan PERKESO. Kesemua kesalahan ini akan diambil tindakan sewajarnya.

Turut serta dalam operasi penguatkuasaan tersebut, Tuan Haji Asri bin Abdul Wahab, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia dan Ir. Haji Mohd Hatta bin Zakaria, Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Pekerjaan), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Sumber: FB Haji Awang Hashim