Home Berita PAS Kelantan

Ahli Parlimen Kuala Krai agih bantuan kuarantin

111
SHARE

Oleh RABIATON KARIM

KUALA KRAI, 21 Ogos: Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latiff Abdul Rahman, kelmarin, meluangkan masa turun ke Sungai Sam untuk menyampaikan Bantuan Kuarantin kepada 63 keluarga di Kampung Sungai Sam yang terlibat dengan kuarantin.

Bantuan tersebut telah diterima oleh Penghulu Ariza dan pasukan petugas Bilik Gerakan beliau sebagai mewakili penduduk yang terlibat.

Menurut Abdul Latiff, dalam tempoh seminggu ini iaitu dari 14 Ogos hingga 20 Ogos, sebanyak 298 set bantuan makanan bahan mentah telah diagihkan kepada warga Kuala Krai yang dikenakan perintah kuarantin di rumah.

“Selain itu sebanyak 51 Bakul Bantuan kepada penduduk Kampung Lela Jasa yang dikenakan PKPD telah disampaikan menjadikan jumlah keseluruhan minggu ini sebanyak 349 set bahan makanan telah diagihkan dengan kerjasama Penghulu-penghulu terlibat.

Beliau turut berharap semoga semua warga Kuala Krai yang terlibat dengan kes COVID-19 samada positif atau kontak rapat dalam keadaan sihat dan dilindungi Allah.