Home Berita PAS Kedah

Ahli Parlimen Kuala Kedah ziarah mangsa ribut sekitar Kuala Kedah pada hari Pekerja

114
SHARE

 

oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR, 2 MEI – Ahli Parlimen Kuala Kedah, YB Dr. Ahmad Fakhruddin turun padang menziarahi beberapa buah rumah di sekitar Kuala Kedah yang rosak akibat ribut, petang Ahad yang lepas.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, kebanyakan rumah mengalami kerosakkan pada bumbung asbestos.

Beliau yang bersimpati dengan musibah itu menyegerakan bantuan dengan menggunakan wang sendiri untuk meringankan beban mangsa.

Dianggarkan lebih kurang 38 buah rumah terkesan susulan tragedi tersebut. Program ziarah tersebut melibatkan Taman Setia, Mega, Tambak Bunga & Kampung Kubang Panggas.

Turut bersama dalam ziarah penyelaras DUN Kubang Rotan Pak Njang Basir.