Home Melaka

Rencana | Kerajaan PH-BN paling ‘perasan’ dalam dunia!

632
SHARE

Oleh IBNU JANIE

JIKA pada masa ini anda bertanya pada mana-mana pemimpin atau penyokong Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) tentang pemerintahan mereka, pasti mereka akan berkata dengan yakin bahawa rakyat sedang berpuas hati dan gembira.

Tidak tahu di mana silapnya, mereka sedikit pun tidak sedar bahawa rakyat sedang menggelegak marah dengan pentadbiran mereka sekarang.

Antara yang paling mereka yakin ialah tentang konsep ‘harga Rahmah’. Suatu kaedah memaksa peniaga menjual pada harga murah dalam keadaan bekalan barangan mentah sedang meningkat naik.

Sepanjang bulan puasa ini pula kerajaan memperkenalkan bazar ‘Ramadan Rahmah’, namun rakyat kata apa yang Rahmahnya? Harga makanan yang dijual semakin mahal atau saiznya semakin kecil.

Namun saban hari semakin galak menteri-menteri PH-BN memperkenalkan pelbagai lagi program Rahmah mereka seolah-olah sekarang ini semuanya sudah murah. Tetapi rakyat tetap tidak merasakan apakah benar-benar harga barangan sudah murah.


 



 

Baru-baru Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy pula mengeluarkan kenyataan bahawa ada lapan faktor yang membuktikan sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) semakin merosot dan rakyat kini memilih PH-BN.

Antaranya menurut beliau rakyat gembira melihat kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tegas membanteras rasuah. Beliau turut menyebut bahawa PN kini tidak boleh lagi mengatakan mereka bersih kerana sudah ada kes mahkamah melibatkan pemimpin-pemimpinnya. Yakin betul kamu!

Jelaslah sebenarnya menunjukkan bahawa pertuduhan yang dikenakan terhadap pemimpin-pemimpin PN adalah pendakwaan terpilih dan hanya untuk menyamatarafkan PN dengan PH-BN. Malangnya rakyat tidak percaya terhadap tuduhan yang tidak berasas ini.

PH-BN nampaknya terlalu yakin bahawa dengan menyatukan undi antara pengundi PH dan BN maka mereka akan dapat mengatasi undi yang telah diperolehi oleh PN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 15 yang lepas dan bakal memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri nanti. Wah! Sekali lagi, yakinnya kamu!



 

Seperti yang penulis selalu sebutkan bahawa dalam soal sokongan ini sebenarnya tidak semudah 5 + 5 = 10. Ia mungkin 5 + 5 = 6 sahaja.

Yang pertama tidak semua ahli dan penyokong Umno-BN boleh menerima PH-DAP dan begitu juga sebaliknya dengan ahli dan penyokong PH-DAP.

Ahli-ahli dan penyokong-penyokong Umno bukan semuanya ‘sekepala’ dengan Datuk Seri Zahid Hamidi dan bersetuju dengan tindakannya membawa Umno bersekongkol dengan PH-DAP yang mendukung prinsip Malaysian-Malaysia.

Ahli-ahli dan penyokong-penyokong PH-DAP pula bukan semua boleh menerima Umno yang dahulu mereka tuduh sebagai penyamun. Mereka yang berpegang kepada prinsip dan bukan jenis hipokrit tidak boleh menerima persekongkolan ini.

Riak-riak bahawa kluster mahkamah yang kini ada dalam kabinet kerajaan mungkin akan bebas akhirnya menambahkan kecurigaan rakyat terhadap pentadbiran Anwar.

Zahid Hamidi telah menfailkan representasi untuk membatalkan kes yang sedang dihadapinya. Umno pula sedang menuntut pengampunan untuk Datuk Sri Najib Razak.

Walau pun berdegar-degar Anwar meyakinkan rakyat bahawa beliau tidak campur tangan dalam urusan kehakiman dan pendakwaan namun rakyat tidak melihat begitu.

Itu belum lagi kita bercakap tentang kegagalan PH-BN menunaikan janji bulan bintang mereka semasa PRU-15 lepas yang semakin menelanjangkan penipuan dan hipokrasi mereka, membuatkan rakyat semakin muak.

Dan tidakkah mereka tahu bahawa pada hari ini rakyat dalam setiap kali solat tidak lupa menitipkan doa agar kerajaan PH-BN ditukarkan dengan kerajaan PN seberapa segera yang boleh kerana tidak tahan dengan apa yang mereka rasa sekarang ini.

Samada mereka tidak mengetahui apa yang sebenarnya ada dalam denyut nadi rakyat atau mereka buat-buat tidak tahu. Adakah mereka sekadar mengambil maklum balas yang diberi oleh JKOM mereka sahaja yang sudah pasti hanya memaklumkan yang rakyat berpuas hati?

Jika kita lihat hantaran-hantaran di media sosial media-media massa kita boleh melihat respons netizen terhadap berita-berita menteri PH-BN. Biasanya netizen menggunakan emoji ‘gelak’ sebagai sindiran. Dan kita boleh melihat emoji ini lebih banyak berbanding emoji ‘suka”.

Tetapi jika kita melihat wajah-wajah pemimpin-pemimpin dan ‘macai-macai’ PH-BN ini memang mereka yakin betul mereka sekarang sedang disayangi rakyat dan bakal menang besar dalam PRN yang bakal diadakan di enam negeri nanti. Perasan betul!

Penulis adalah Wartawan Harakah, Ketua Editor Pusat bagi Portal Berita PAS dan Ketua Unit Berita Jabatan Penerangan PAS Melaka



Rencana ini juga disiarkan di ruangan Komen Editor Harakah cetak Edisi Isnin bertarikh 1-4 Mei 2023

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH