Home Kenyataan Media PAS Pulau Pinang

Pulau Pinang Fokus Satu Lawan Satu PRU-15

94
SHARE

KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN PAS NEGERI PULAU PINANG

PULAU PINANG FOKUS SATU LAWAN SATU PRU-15

PAS Pulau Pinang menyokong kenyataan PAS Pusat bahawa PAS memfokuskan agenda Penyatuan Ummah serta berusaha memastikan satu lawan satu dalam Pilihan Raya Umum ke-15.

Umum mengetahui bahawa Pulau Pinang merupakan nadi utama PH-DAP maka, agenda penyatuan ummah parti-parti Melayu lebih penting di negeri ini bagi mengekang kemenangan mereka.

Pertembungan parti-parti Melayu di Pulau Pinang akan merugikan politik Melayu-Islam justeru, satu lawan satu harus dijadikan agenda utama di Pulau Pinang dalam PRU-15 ini.

‘Islam Menyatukan Ummah’ merupakan slogan yang wajar digalas dan didokong oleh semua penyokong serta pendokong PAS agar usaha menyatukan parti-parti politik Melayu dapat dijayakan selari dengan syariat dan dasar parti.

Penyatuan ummah ini penting serta memerlukan komitmen semua pihak yang terlibat agar pemerintahan DAP di Pulau Pinang dapat digoyahkan dan kepentingan Melayu-Islam di sini tidak dinafi dan dianak tirikan.

Oleh itu, PAS Pulau Pinang menyeru semua pihak menghakis kepentingan peribadi dalam PRU-15 dan memastikan undi Melayu-Islam dapat disatukan bagi kesejahteraan serta keharmonian rakyat.

“ISLAM MENYATUKAN UMMAH”

Ustaz Abdul Razib bin Abdul Rahim
Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang