Home Berita PAS Kedah

Ahli Parlimen Jerai anjur program kecemerlangan pelajar

184
SHARE

JERAI – Ahli Parlimen Jerai, YB Sabri Azit menganjurkan program Jaringan Kecemerlangan Pendidikan sebagai persediaan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan, dekat Guar Chempedak, kelmarin.

YB Ustaz Sabri berkata program yang dianjurkan dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Yan itu melibatkan 484 orang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM, STPM dan STAM.

“Program ini melibatkan 484 pelajar dan berlangsung dalam dua sesi.

“Saya harap pengisian motivasi yang para pelajar terima dapat menaikkan semangat mereka untuk berjaya dan belajar bersungguh sungguh,” katanya.


Para pelajar turut menerima sumbangan peralatan serta wang saku sebagai persediaan peperiksaan.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan, Encik Mukhtar Mansor, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Yan, Puan Asnatul Adha Ahmad, Pengerusi Majlis Belia Daerah Yan, Encik Hafiz Haji Abu, Imam Masjid al Wustha, Ustaz Mohamad Nizam Md Noh dan pengetua-pengetua sekolah.