Home Berita PAS Kelantan

Ahli Parlimen Bachok hulur sumbangan kepada pesakit ketumbuhan kepala

14
SHARE
BACHOK, 14 Jul: YB Ustaz Nik Mohamad Abduh, telah menziarahi seorang penduduk di Kampung ToK Dosah disini, hari ini. Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Bachok, diiringi ADUN Pantai Irama, YB Mohd Huzaimy Che Husin singgah untuk menyamtuni saudara Nurzaidi Zulkifli tengahari tadi. Nurzaidi 28 tahun, diuji dengan sakit ketumbuhan dalam kepala yang menyebabkan beliau terlantar dan memerlukan bantuan untuk bergerak.
Beliau turut menyempurnakan sedikit sumbangan kepada keluarga tersebut bagi meringankan beban beliau. Dalam pada itu, Huzaimy turut menyumbang katil (wakaf) untuk kegunaan beliau.
Nik Mohamad Abduh hari ini turun menyantuni penduduk Bachok untuk mengedarkan bantuan Bakul Makanan Covid-19 kepada mereka yang terjejas di 3 DUN dalam Parlimen Bachok.