Home Berita PAS Kelantan

Agihan limau eratkan muhibbah

21
SHARE

TANAH MERAH, 19 Jan: Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, YB Mejar (B) Dato’ Md. Anizam Ab Rahman turun padang mengagih limau mandarin dan menyantuni masyarakat kaum Tionghwa di Kampung Pasir Besar DUN Gual Ipoh, semalam.

Menurutnya, huluran limau berwarna jingga melambangkan harapan yang memohon keceriaan dan doa semoga rakyat pelbagai bangsa di Kelantan bersatu padu atas semangat muhibah yang erat.

“Apa pun perayaan disambut dengan meriah dan kegembiraan. Agihan limau kepada keluarga masyarakat Tionghwa sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2023 yang bakal menjelang adalah budaya yang wajar kita raikan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemahang berharap, sumbangan tersebut akan memberi kegembiraan dan keceriaan kepada masyarakat kaum Tionghwa sempena sambutan tahun baharu nanti.

Turut hadir, para Penghulu Mukim dan Penghulu Tanpa Mukim mewakili masyarakat Tionghwa.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan bersama penduduk setempat.