Home Berita PAS Kelantan

Agihan bubur lambuk sempena cuti sambutan Nuzul Al-Quran

26
SHARE
KOTA BHARU, 30 Apr: Sempena cuti sambutan Nuzul Al-Quran, Parti Islam Semalaysia Cawangan Panchor membuat agihan bubur lambuk ke pintu rumah masing-masing di dalam kawasan cawangan, yang melibatkan 300 buah rumah selepas Asar semalam.
Saya mengucapkan tahniah atas usaha yang baik ini terutama dalam menghidupkan aktiviti cawangan, iaitu entiti dan organisasi yang paling asas dalam membina kekuatan parti.
Saya juga tertarik dengan kehadiran ARC Transporter, anak-anak muda dari Alternative Riding Club (ARC) Pengkalan Chepa yang turut bersama. ARC merupakan sebuah kelab permotoran di bawah Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan, (DACS) Dewan Pemuda PAS.
Katanya, kalau dari Kota Bharu ni, nak minta hantarkan barang sampai Kuala Krai pun boleh. Caj dikenakan RM3 bagi setiap 5 kilometer. Pada yang ingin mencuba servis ini, boleh berhubung dengan Ustaz Sofwan bin Che Seman, Setiausaha ARC Pengkalan Chepa, di talian 01155005017.
Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada AJK Cawangan, terutama anak-anak muda yang bertungkus-lumus, serta orang-orang lama dalam kampung yang memberi tunjuk ajar kepada generasi baru.
Saya juga ingin menyeru, rakyat Kelantan khususnya, sama-sama kita memanfaatkan cuti selama empat hari bermula semalam hingga Ahad ini dengan baik bersama keluarga dalam kita masih di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kes harian kita di Kelantan masih tinggi dengan kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 tertinggi di negara ini selama 10 hari berturut-turut. Bersama kita doakan.