Home Berita PAS Kelantan

Agihan barang keperluan ke kawasan PKPD di Pasir Tumboh

248
SHARE
PASIR TUMBOH, 24 Mei: YB Ustaz Abdul Rahman Yunus, ADUN Pasir Tumboh bersama RELA dan Pengawa serta petugas Barisan Hadapan berpeluang melawat dan mengagihkan barang keperluan makanan kering ke kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Terusan, Mukim Limbat, Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan yang dilaksanakan bermula 22 MEI 2021 sehingga 4 JUN 2021.
Pihak Pusat Khidmat DUN Pasir Tumboh akan terus meneliti bantuan segera seperti makanan kering dan basah agar keperluan makanan yang diberi mencukupi setiap penduduk yang terjejas dengan Pelaksanaan PKPD tersebut.
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan menghapuskan penyakit Covid-19 dengan segera.
Ayuh Kita Perangi dengan Patuhi SOP.