Home Berita PAS Kedah

Agihan bakul makanan, PKWR Jeneri ringankan mangsa banjir

157
SHARE

Oleh ANA NAJWA

SIK, 3 Okt – Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) ADUN Jeneri diwakili oleh Pegawai Khas (Kawasan) kepada ADUN Jeneri, Haji Badrul Hisham Abdul Rahman turun melawat sekaligus menyampaikan Sumbangan Bakul Makanan kepada mangsa banjir Kampung Bandar Hilir Mukim Teloi.

Menurut kenyataan di laman facebook Pusat Khidmat ADUN Jeneri, 11 buah rumah penduduk telah dimasuki air ekoran daripada hujan awal pagi Khamis.

Seramai sembilan orang penduduk terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sik berikutan air hujan memasuki rumah mereka sehingga ke paras bahaya.

Pusat Khidmat ADUN Jeneri turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Sik, Encik Hj Shamsul Izrin dan Pengetua SK Sik serta anggota Angkatan Pertahanan Awam.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Sumber: FB Pusat Khidmat ADUN Jeneri